Saturday, March 19, 2011

32. Solat Sunat Istikharah dalam Kehidupan

Assalamualaikum~
Umum selalu mengaitkan Solat Sunat Istikharah dalam pemilihan teman hidup ataupun jodoh. Tahukah kita bahawa Solat Sunat Istikharah ini bukan hanya tertumpu untuk membuat pilihan teman hidup. Sebaliknya, jika kita berada dalam keraguan untuk membuat sebarang keputusan.. jika kita memerlukan petunjuk dalam membuat sesuatu perkara.. mohonlah kepada yang Maha Berkuasa. Sebagai contoh:

Situasi 1: Sakinnah keliru sama ada ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ke matrik.

Situasi 2: Salleh baru bekerja dan berhasrat membeli kereta. Namun Salleh keliru untuk memilih kereta mana mengikut kemampuannya.

Setiasi 3: Dianah akan menjalani latihan industri dan diterima oleh dua syarikat yang berbeza. Dianah keliru untuk memilih salah satu tempat yang akan dia jalani latihan industri nanti.

Situasi 4: Fahmi berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Namun dia keliru untuk memilih antara dua gadis iaitu pilihan hatinya atau pilihan ibubapa.

SOLAT SUNAT DUA RAKAAT YANG BANYAK MANFAAT

Lafaz niatnya:

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الإِسْتِØ®َارَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

" Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala "

Rakaat Pertama -

1- Surah al-Fatihah
2- Surah al-Kafirun

Rakaat Kedua -

1- Surah al-Fatihah
2- Surah al-Ikhlas

Selepas memberi salam, bacalah doa di bawah ini..

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (**sebutkan..**) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (**sebutkan..**) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


PENUTUP

Mahfum Hadis: Dari Jabir bin Abdillah ra., berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa istikharah..

Ikhlaskan hati dalam melakukan ibadat kerana ALLAH. Seeloknya solat ini dilakukan sebelum tidur di malam hari kerana suasana yang sunyi dan hati yang ikhlas menghadap NYA akan menghasilkan rasa khusyuk menunaikan solat sunat ini.Tidur dalam keadaan berwuduk adalah sangat digalakkan.

Selepas menunaikan solat sunat ini, yakinlah dengan keputasan yang dibuat. Bertawakkal kepada Allah. Sesungguh Nya, hanya DIA mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-hamba Nya..

#Harapan saya, perkongsian ini berguna untuk kita semua..#

till then..papai~ (^_^)V

0 comments:

Post a Comment